RSS
Write some words about you and your blog here

PERKEMBANGAN PESAT MEDIA ALTERNATIF


Media adalah alat perantara yang digunakan dalam menyampaikan sesuatu, manakala
media massa pula adalah alat yang digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada
masyarakat. Penyampaian maklumat amatlah penting, sebab sesuatu berita atau
maklumat tidak dapat disampaikan sekiranya kita tidak mempunyai media untuk
menyampaikannya. Media massa atau media untuk menyampaikan maklumat boleh
dalam pelbagai bentuk. Bentuk media massa yang lazim adalah media cetak seperti surat,surat khabar, atau buku yang bercetak, dan media elektronik seperti radio, televisyen,komputer dan juga telefon.

Perkembangan dalam teknologi maklumat ini kemudiannya dibangunkan untuk teknologi media yang dapat menghantar maklumat, dan sebagai alat hiburan melalui teknologi yang dikenali kini sebagai teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).

Teknologi ini berkembang seiring dengan perkembangan teknologi komputer yang berasaskan system digital. Laman sesawang yang dibangunkan oleh sistem komputer membenarkan hamper keseluruhan sistem perhubungan dapat dilakukan melalui alam maya. Kesemuanya ini memungkinkan lebih banyak maklumat dapat disampaikan dalam masa yang sesingkat mungkin. Lebih banyak hiburan dapat disampaikan dari satu penjuru dunia ke penjuru dunia yang lain.

Kenapa maklumat mempunyai ‘kuasa’? Sebabnya mereka yang mempunyai
maklumat dapat membina persepsi insan dan masyarakat keseluruhannya. Orang akan
menilai sesuatu yang dilihat dan didengarnya berdasarkan kepada bagaimana maklumat tersebut tiba kepada dirinya. Orang boleh menukar persepsi dan sikapnya tentang sesuatu perkara berdasarkan kepada bagaimana maklumat yang tiba kepada dirinya yang dibentuk oleh yang menyampaikan maklumat kepadanya. Allah s.w.t menyebut di dalam al-Quran,


‘Dan sesungguhnya Kami jadikan isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati (qalb) tetapi tidak menggunanya, dan mereka yang mempunyai mata (tetapi) tidak melihat, dan mereka yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mendengar. Mereka sebagai binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orangorang yang lalai’ (Al-Qur’an 7:179)


Maknanya maklumat yang disampaikan melalui mata yang melihat dan telinga
yang mendengar, akan membolehkan diri (qalb) yang melihat dan mendengar memberi
7 makna kepada maklumat yang diperoleh. Dengan kata lain maklumat tersebut akan
membina persepsi seseorang. Sekiranya kita hanya menerima maklumat dari orang lain, dan diri sendiri tidak mempunyai kaedah saringan yang berwibawa dan yang bersifat maklumat, maka persepsi kita akan dicorakkan oleh orang lain.

Maklumat juga merupakan asas kepada pembinaan ilmu. Tetapi untuk menjadikan
maklumat tersebut sebagai sumber ilmu, maklumat itu mestilah benar dan bermakna
kepada yang mendapat maklumat berkenaan. Dengan maklumat yang benar dan bermakna sahajalah, maka ilmu dapat dibangunkan. Pembangunan ilmu pula merupakanasas kepada pembinaan insan.

Begitu juga dalam dunia hiburan yang dipromosikan secara amat berleluasa oleh
pelbagai media kini, termasuk media perdana kita sendiri. Anak remaja tidak lagi
mengenal orang-orang yang berilmu di sekitar mereka termasuk guru dan ilmuwan di
tanah air sendiri, apatah lagi ilmuwan antarabangsa, tetapi lebih mengenali dan
mengidolakan para penghibur dalam nyanyian, lakonan dan juga sukan. Mereka lebih
sensitif dengan perlakuan, penonjolan dan kata-kata daripada para penghibur ini daripada sensitif terhadap nasihat, tingkah laku dan juga watak para ilmuwan atau pemimpin mereka (kadang-kadang ibu bapa mereka) sendiri. Persepsi mereka terhadap golongan pembangun negara dan tamadun (ilmuwan, negarawan, sasterawan, dan karyawan) sudah dicorakkan oleh media massa yang ada.

Dengan adanya komputer yang cukup canggih ketika ini pelbagai fenomena dapat
disimulasikan dan dianimasikan. Ini menjadikan watak, lakonan dan imej yang dilihat
dalam televisyen atau wayang menjadi semakin ghairah untuk dilihat. Ini semua boleh
membantu ke arah merubah persepsi para penontonnya, terutamanya sebagai alat
penghibur.

Yang amat parah sekali adalah peranan media massa dalam merubah persepsi
manusia terhadap bahasa. Hari ini dipaparkan kepada kita bahawa bahasa dunia adalah bahasa Inggeris. Dengan demikian semua orang perlu menguasai bahasa tersebut.

Memang kita tidak nafikan peranan bahasa tersebut di peringkat antarabangsa. Tetapi
media massa menggambarkan seolah-olah bahasa anak watan tidak lagi berupaya untuk menyampaikan ilmu, terutamanya ilmu sains dan matematik. Lalu pengajaran sains dan matematik perlu diajar dan dibangunkan dalam bahasa asing ini. Secara tidak langsung bahasa ibunda mereka, yang berakar dalam acuan budaya, sastera, dan nilai-nilai anak bangsa perlu dikesampingkan. Kita amat faham bahawa bahasa bukan sekadar alat untuk berkomunikasi, malah jauh dari itu bahasa adalah pembentuk budaya, pembangun citra, pembina sahsiah dan jati diri. Sekiranya kita menggunakan bahasa orang lain sebagai alat komunikasi dalam sains dan matematik, ia juga akan menanam budaya, citra dan sahsiah orang lain dalam jiwa anak watan ketika sains dan matematik disampaikan.

Demikian sebahagian daripada pemerhatian kita terhadap peranan media massa
alternatif di dalam membentuk perspektif dan minda masyarakat awam. Media massa
alternatif masih penting, tetapi sekiranya ia tidak dilaksanakan dengan penuh berhikmah, penuh beramanah dan kejujuran demi menyampaikan maklumat, ia akan menjana lebih banyak kemusnahan daripada kebaikan. Kita perlu sedar bahawa di samping menyampaikan maklumat, ada golongan yang mengambil kesempatan untuk kepentingan diri atau kumpulannya sendiri, walaupun berlaku musibah yang besar kepada ummah keseluruhannya.


TEKNOLOGI TANAM SEMULA BAKAU


Tragedi Tsunami yang berlaku pada 26 Disember 2004 merupakan salah satu faktor utama yang membawa kesedaran tentang kemusnahan kawasan hutan bakau. Kejadian tersebut membuktikan kepentingan atau peranan hutan bakau atau paya laut sebagai pemecah ombak dan penstabil pesisiran pantai. Kawasan persisiran pantai negara-negara yang dilitupi pokok bakau telah menunujukkan kesan kemusnahan yang minimum oleh ombak tsunami. Di Sabah, terdapat pokok paya bakau di kawasan seluas 586,036 hektar dengan 57 peratus dan di Sawarak sebanyak 26 peratus. Manakala di Semenanjung Malaysia pula sebanyak 17 peratus. Usaha perlu dipertingkatkan demi menstabilan ekosistem kawasan pesisiran dan juga memastikan hutan paya laut terpelihara.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah menyedari masalah ini dan menjalani R&D pemulihan hutan bakau dengan bantuan kewangan kerajaan. Dr. Shamsudin Ibrahim sebagai Ketua Koordinator kajian tersebut Dr. Ismail Harun sebagai Ketua Kepakaran Teknikal dan Dr. Raja Barizan Raja Sulaiman sebagai Ketua Penyelidik. kawasan pantai Sungai Haji Dorani dijadikan sebagai lokasi penyelidikan. Kumpulan ini memperkenalkan kaedah penanaman inovatif dan kos efektif yang boleh dilaksanakan di kawasan pesisiran pantai. Dr. Shamsudin yang juga selaku sebagai Pengarah Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar FRIM, mengatakan bahawa projek yang dijalankan tersebut ialah lanjutan daripada percubaan penanaman spesies bakau di pantai Bukit Batu Puteh, Kuala Perlis, Kampung Pulau Sayak dan Kampung Sungai Yu, Kuala Muda, Kedah yang dimulakan pada 2007. Oleh kerana, projek penanaman bakau di lokasi berkenaan tidak menghadapi masalah ombak dan arus yang kuat, projek ini menggunakan kaedah penanaman biasa. “Pokok paya bakau tidak perlu menunggu sehingga tempoh matang untuk melindungi kawasan perairan. Asalkan ia kukuh, rapat sesama lain dan ketinggiannya boleh mencapai tinggi ombak, ia mampu menahan impak ombak dan menyelamatkan kawasan tersebut daripada hakisan,” jelasnya. Menurut Dr. Raja Barizan, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pernah menjalani penyelidikan menstabilkan kawasan pantai di kawasan yang menghadapi hakisan yang serius. Kaedah pemasangan Geotiub iaitu struktur kejuruteraan keras setinggi 1.8 meter menghadap laut telah digunakan. “Kaedah ini akan mewujudkan dataran lumpur di antara Geotiub dan pantai yang sesuai untuk penanaman spesies bakau. Bagaimanapun, masalah yang timbul ialah lumpur yang terbentuk itu masih belum stabil, cair dan lembik menyebabkan ia tidak dapat memegang akar anak pokok. Jadi, kita perlukan kaedah penanaman baru bagi membantu pertumbuhan anak bakau,” jelas Dr. Raja Barizan. Dalam kajian yang dimulakan sejak 2007 itu, satu plot eksperimen bersaiz 200 meter (m) x 55 meter dipilih berdasarkan empat buah geotiub yang dipasang oleh JPS pada bulan yang sama. Menurut Dr. Raja Barizan, kumpulannya memilih tiga jenis bakau iaitu bakau minyak (Rhizhopora apiculata), bakau kurap (Rhizaphora mucronata) dan api-api (Avicennia alba) sebagai tanaman kajian.

Terdapat tiga jenis kaedah tanaman telah dikenal pasti sebagai teknik terbaik penanaman bakau di atas lumpur yang lembik. Iaitu teknik tanaman comp-pillow, comp-mat dan Bamboo Encasement Method (BEM). Teknik comp-pillow menggunakan coir-log sebagai bekas tanaman diperbuat seratus peratus daripada gentian kelapa semula jadi yang dipadatkan dan dibalut dengan jaring polipropolin yang boleh mudah urai. Kaedah ini menelan kos sebanyak RM81.70 seunit. Lima batang anak bakau ditanam di dalam seunit coir-log dan dibiarkan sebulan di tapak semaian dan kemudian ditanam di dalam lumpur dan dikepung dengan empat batang kayu yang dipacak mengelilingi coir-log. Tali propolin diikat di antara batang kayu bagi mengelakkan ia tidak terapung semasa air pasang. “Hasil kajian, kami dapati teknik ini sesuai untuk penanaman pokok api-api kerana akarnya boleh berkembang baik di dalam bekas tersebut,” jelas Dr. Raja Barizan.

Kaedah BEM pula diubahsuai daripada teknik Riley Encasement Method (REM) yang diperkenal oleh Bob Riley. Kaedah ini menggunakan sejenis buluh tempatan (buluh semantan) sebagai bekas tanaman. Anak pokok bakau ditanam di dalam batang buluh sehinggalah akarnya kukuh dan mampu berdiri sendiri. Kaedah ini berkos RM4.10 untuk sebatang anak pokok dan agak perlahan pertumbuhannya. Manakala teknik Comp-Mat pula dengan kos RM89.95 seunit menggunakan bekas berbentuk empat segi tepat yang dibaluti wayar kecil. Ia diisi dengan sabut kelapa yang dicampur dengan lumpur sebagai media tanaman. Bahagian atas dan sisi bekas ini ditutupi dengan plastik polipropalin yang ditebuk dengan lima lubang pada permukaannya.

Menurut Dr. Raja Barizan, bekas ini perlu ditutup untuk melindungi anak pokok dan media tanaman daripada dihanyutkan ombak. “Kami dapati, teknik ini paling berkesan dan mencatat pertumbuhan yang baik di kawasan berombak kuat dan berlumpur. Ini kerana peratus hidup anak pokok bakau kurap dan bakau minyak yang ditanam mengikut kaedah ini menunjukkan kejayaan yang lebih tinggi berbanding teknik lain selepas lapan bulan. Peratus kematian pokok bakau yang tinggi direkodkan ialah disebabkan pukulan ombak dan juga hanyut dibawa arus ombak,” katanya. Pokok bakau ini memainkan peranan penting dalam menjaga alam sekitar serta meminimumkan kemusnahan seperti kejadian yang tidak dijangka seperti tsunami..

Kesetaraan dan Keadilan Gender

Dalam alaf baru ini, begitu banyak kemajuan dan perkembangan telah berlaku yang telah mempengaruhi masyarakat sejagat, dan yang telah menyebabkan tiada masyarakat yang boleh hidup terasing daripada dunia luar.
Proses globalisasi, dengan hakisan dan pembasmian, hampir segala sempadan, nyata atau tidak nyata, antara masyarakat-masyarakat dan negara-negara di dunia, telah memberi pelbagai kesan, ada yang positif dan ada yang negatif. Globalisasi telah dipercepatkan oleh kemajuan-kemajuan pesat ICT, yang membawa pelbagai impak yang telah dan akan terus mengubah corak masyarakat dan ekonomi semua negara.
Globalisasi , antara lain, telah melihatkan ujudnya apa yang boleh dipanggil "norma-norma sejagat" atau "universal norms" yang akan terus mempengaruhi corak masyarakat dan ekonomi negara-negara individu seperti Malaysia. Contohnya dengan hakisan sempadan, maka:

  1. pengaruh budaya dan kemasyarakatan dari luar akan memberi kesan kepada masyarakat Malaysia, terutama generasi muda.
  2. Struktur dan profail ekonomi akan semakin dipengaruhi oleh "norma-norma sejagat" dalam operasi industri dan perdagangan yang akan terus berasaskan penggunaan sumber secara global, dan ukuran daya saing bertaraf global. Juga pasaran dilihat sebagai tanpa sempadan, dan, dengan itu saingan menarik pelaburan dan mendapat pasaran akan semakin sengit.
  3. Kemajuan-kemajuan dalam ICT telah membolehkan pelbagai aspek pengetahuan / ilmu / knowledge mengalir tanpa batasan di antara negara-negara di dunia, dan pengetahuan sudah menjadi asas kepada kemajuan dan pembangunan mana-mana negara, pada masa sekarang dan di masa akan datang.


Setiap aktiviti dalam setiap sektor masyarakat dan ekonomi akan semakin digerak dan dimajukan dengan Ilmu dan Pengetahuan sebagai penjana utama.
Penerapan optima Ilmu dan Pengetahuan oleh sesebuah masyarakat itu, akan berupaya menyediakannya, untuk berintegrasi ke dalam arus utama atau mainstream kemajuan ekonomi global, dan membolehkan ahli-ahli masyarakatnya memanfaatkan pembaharuan-pembaharuan dan kemajuan-kemajuan yang di bawa oleh teknologi dan proses.
Yang penting ialah sejauh mana negara dan masyarakat dapat menguruskan / manage / menangani proses serta implikasi, dan juga manifestasi, globalisasi itu, supaya:

  1. dipastikan faedah yang optima daripada proses itu, dan masyarakat dan negara terus maju kesan daripada globalisasi.
  2. menyekat daripada pengaruh-pengaruh negatif globalisasi daripada menghakis cirri-ciri masyarakat majmuk di Malaysia, yang sehingga kini, telah menjamin persefahaman, perpaduan, keharmonian dan kestabilan. Contohnya:
  • elemen-elemen budaya negatif
  • konsep dan fahaman-fahaman yang tidak sesuai / secucuk dengan norma-norma masyarakat Malaysia
  • pengaruh-pengaruh yang akan menghakis identiti masyarakat Malaysia serta ciri unik yang sekian lama merupakan unsur-unsur kekuatan.


Jelas bahawa bagi negara dan masyarakat, termasuk wanita, cabaran utama ialah untuk menangani impak globalisasi dengan bijak dan berstrategi, supaya, hanya aspek-aspek positif yang mempengaruhi masyarakat dan dan negara, dan dapat dibina benteng-benteng berkesan menghalang pengaruh-pengaruh negatif.
Oleh kerana Ilmu dan Pengetahuan akan terus merupakan Penjana utama kemajuan semua masyarakat dan negara, maka, usaha penting, ialah untuk membina dan membangunkan Modal Intellek atau Intellectual capital negara. Oleh kerana wanita merupakan 48.9% daripada penduduk negara, maka mesti dipastikan sekurang-kurangnya separuh daripada sumbangan Modal Intellek itu datang daripada wanita.
Ini bererti, peluang-peluang untuk wanita memperolehi pengetahuan dan kemahiran mesti terbuka sama rata, dan wanita sendiri mesti membasmikan apa-apa kongkongan minda dan sikap yang menghalang penyertaan wanita secara efektif dalam bidang-bidang dinamis ekonomi negara.
Wanita sendiri mesti mempelopori proses perubahan minda masyarakat pada amnya, dan di kalangan wanita sendiri khususnya, supaya wanita dapat melihat aplikasi potensi dan keupayaan mereka di luar batasan dan sempadan negara, iaitu dalam konteks peluang-peluang di peringkat serantau dan juga global.
Ini jelas dalam bidang-bidang seperti industri, perniagaan dan perdagangan, yang mana, dengan strategi dan pendekatan yang teratur, dapat diterokai pasaran dan peluang-peluang di negara-negara luar. Bahkan proses liberalisasi atau pembukaan pasaran secara serantau, seperti kawasan perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dan secara global melalui proses-proses rundingan pelbagaihala / multilateral, di bawah WTO, telah memberi peluang kepada wanita untuk menjadi peniaga dan pembekal global.
Aktiviti-aktiviti industri kampong sudah dibolehkan oleh ICT dan e-dagang untuk menerokai pasaran eksport, dan khidmat-khidmat professional boleh ditawarkan kepada negara-negara luar oleh professional wanita Malaysia. ICT juga telah mempermudahkan pelbagai proses dan aktiviti, dan hanya daya kreatif dan inovasi, serta motivasi yang menentukan sejauh mana potensi yang ada dapat dieksploitasi, dan peluang-peluang direalisasi.
Kaum wanita mesti memahami kuasa dan keupayaan ICT dalam kehidupan seharian, dan meningkatkan kapasiti masing-masing untuk menjana secara produktif kuasa ICT itu.
Wanita di pusat-pusat pengajian, terutamanya perlu menjadi catalyst / penggerak ke arah ini, dengan melakukan penyelidikan tentang bagaimana ICT boleh membantu wanita dalam pelbagai bidang, contohnya:-

  1. di kalangan perniaga-peniaga kecil dan sederhana.
  2. dalam pengendalian aktiviti-aktiviti ekonomi, sama ada dalam pertanian atau industri.
  3. bagaimana dapat di tingkat dan diperluaskan keupayaan memperolehi kemudahan
  4. kemudahan ICT di kalangan wanita supaya tidak ujud jurang digital / digital divide yang menyebabkan wanita terhalang daripada merealisasi sepenuhnya potensi dan keupayaan mereka.


Bagi pihak kerajaan, pelbagai program dan langkah sokongan / support telahpun disediakan untuk membantu wanita meningkatkan penglibatan mereka dalam ekonomi negara, terutama dalam sektor-sektor ekonomi dan perdagangan., seperti:-

  1. Sekim-sekim geran dan pinjaman mudah untuk tujuan-tujuan seperti meningkatkan produktiviti, penggunaan teknologi terkini, pemodenan proses dan peralatan, penerokaan pasaran eksport dan meningkatkan dayasaing.
  2. Sekim-sekim kewangan untuk modal teroka dan modal operasi.
  3. Program-program bantuan terknikal, untuk meningkatkan keupayaan mengurus dan mentadbir syarikat dan perniagaan.
  4. Khidmat-khidmat nasihat dan bimbingan.

Di Malaysia, tiada diskriminasi terhadap penyertaan wanita dalam bidang-bidang perniagaan dan industri, bahkan terdapat pula lebih fleksibiliti dalam program-program untuk wanita. Yang penting ialah:

  1. Wanita sendiri maklum akan segala program-program kerajaan itu dan menggunakan sepenuhnya apa jua khidmat, sokongan dan bantuan yang boleh diperolehi melalui "delivery system" atau sistem penyampaian kerajaan itu.
  2. Wanita bersedia dan proaktif untuk berusaha meningkatkan keupayaan atau capacity building, yang mana, wanita sendiri, mengenali kekuatan dan kelemahan masing-masing dan bertindak bersesuaian dengannya. Kelemahan-kelemahan individu jangan sekali-kali ditafsirkan sebagai kelemahan keseluruhan kaum wanita.


Dalam era globalisasi, sangat penting perbincangan mengenai wanita dan integrasi wanita dalam pembangunan diganjakkan daripada perbincangan-perbincangan stereotaip yang bertumpu kepada diskriminasi terhadap wanita, dan isu yang mempunyai elemen-elemen emosi dan perasaan.
Sambil mengenali pasti dan memperbetulkan kelemahan / kekurangan di kalangan wanita, perbincangan, penyelidikan dan program-program untuk wanita mesti berupa "forward-looking" dengan mengenalpasti antara lain:

  • peluang-peluang untuk disertai oleh wanita
  • peningkatan kapasiti / capacity building
  • kerjasama antara wanita dan kumpulan-kumpulan wanita.


Juga wajar ada satu Communication Network yang komprehensif dan berkesan melalui mana maklumat-maklumat penting dapat disalurkan kepada wanita pelbagai lapisan, dan rantaian komunikasi tersebut boleh menjadi penggerak minda dan motivasi wanita. Mungkin KANITA ingin mencetuskan Rantaian Komunikasi ini dengan kerjasama dengan Kementerian Hal Ehwal Wanita dan Pembangunan Keluarga.
Saluran ini bukan semata-mata berbentuk "Data Base" tetapi lebih penting sebagai sumber maklumat dan saluran komunikasi dinamis, dan jika boleh, on-line dan in real time, yang boleh sampai kepada semua kumpulan sasaran.
Wanita di Malaysia tidak boleh lagi dikongkongi oleh elemen-elemen negatif yang terdapat dalam alaf lama yang hanya merupakan "excess baggage" yang akan menyulitkan kermajuan wanita dan integrasi wanita ke dalam proses pembangunan negara secara total.
Wanita sendiri mesti sanggup ditanda aras atau di "bench-mark" dengan yang terbaik (to be benchmarked against the best) dan yang "terbaik" itu mestilah gender-neutral. Ukuran kejayaan wanita ialah apabila wanita telah mencapai tahap cemerlang dan setaraf dengan yang terbaik dalam apa juga bidang, bukan semata-mata ditanda aras sesama sendiri atau dengan masyarakat di Malaysia, tetapi dalam konteks globalisasi, ditanda aras dengan yang terbaik di peringkat serantau dan global.
Perjuangan wanita bukan dalam ertikata berlumba atau bersaing dengan lelaki, tetapi, lebih penting bagi negara, bagaimana kecemerlangan wanita boleh digandingkan dengan keupayaan lelaki, untuk kemajuan dan pembangunan masyarakat dan negara.

SEKTOR PEKERJAAN

Teknologi maklumat (IT) telah mengubah cara kita bekerja (aspek ekonomi), berkomunikasi (aspek sosial), dan berfikir (aspek psikologi). Walaupun Malaysia masih belum mencapai status masyarakat maklumat, kita sudah merasai bahang dan gelora zaman maklumat. Kita tidak dapat menguasai teknologi dengan hanya menekan butang komputer. Kita perlu mempunyai kemahiran mengakses maklumat. Hanya dengan adanya literasi komputer dan literasi maklumat yang tinggi, barulah kita dapat bekerja, dalam persekitaran maya, yang dirangkaikan menjadi pangkalan data sejagat.
Sehingga sekarang, semua negara yang sudah mencapai status masyarakat maklumat mempunyai ciri yang sama. Yang paling nyata ialah ekonominya berasaskan maklumat; lebih daripada 60 peratus rakyatnya membuat keria yang melibatkan maklumat dan IT. Transformasi sosioekonomi ketara di Amerika Syarikat (AS), negara yang pertama mencapai status masyarakat maklumat, iaitu pada tahun 1957. Selepas Perang Dunia Kedua, pekerja industri maklumat melonjak secara mendadak, sementara pekerja industri pertanian menurun dengan banyaknya. Kini, lebih separuh rakyat AS yang lahir pada sekitar tahun 1930-an dan yang masih bekerja, bekerja dalam industri maklumat, 20 peratus dalam sektor perkilangan, 20 peratus lagi dalam sektor perkhidmatan, dan kira-kira dua peratus sahaja dalam sektor pertanian. Diramalkan cuma 15 peratus rakyat AS akan terlibat dalam sektor perkilangan menjelang akhir abad ke-21.
Perubahan sosioekonomi yang seumpama itu juga berlaku di Jepun dan negara maju lain di Eropah Barat. Di Jepun, industri maklumat sudah menyumbang 35.4 peratus kepada KNK-nya berbanding dengan 21.3 peratus pada tahun 196O, selaras dengan peningkatan bilangan pekerja sektor maklumat, daripada 29.6 peratus kepada 34.3 peratus pada tahun 1979. Perangkaan itu berubah lagi apabila Jepun mencapai status masyarakat maklumat pada tahun 1975. Dengan perubahan daripada ekonomi pembuatan kepada ekonomi perkhidmatan dan kemudian industri maklumat, sifat kerja juga berubah daripada yang berorientasi logistik kebendaan kepada pemprosesan dan jaringan maklumat. yang semakin penting dalam proses pengeluaran, pengurusan, dan kehidupan. Oleh sebab kuasa, kawalan, dan minat juga dikaitkan dengan maklumat dan IT, sesiapa yang menguasai maklumat juga menguasai yang lain. Daripada kuasa dan kawalan itulah lahirnya perbezaan kelas dalam masyarakat yang menjadi faktor utama
Sarjana seperti Herbet Schiller, Joneji Masuda, F. Machlup, M. Porat, M. Rubin, Graham Murdock, Peter Golding, Nicholas Garnham, dan Stuart Ewwn telah mengkaji kepentingan maklumat kepada perkembangan ekonomi dan politik masyarakat. H. Schiller mengemukakan istilah technocapitalism untuk menggambarkan ciri masyarakat maklumat. IT telah dan akan mengambil alih mesin dan mechaniza- tion, sementara ilmu dan maklumat memainkan peranan yang semakin penting dalam proses pengeluaran, pengurusan, dan kehidupan. Oleh sebab kuasa, kawalan, dan minat juga dikaitkan dengan maklumat dan IT, sesiapa yang menguasai maklumat juga menguasai yang lain. Daripada kuasa dan kawalan itulah lahirnya perbezaan kelas dalam masyarakat yang menjadi faktor utama penyebaran, pengaksesan, dan juga kapasiti masing-masing dalam menggunakan maklumat. Perbezaan kelas yang akan menentukan siapa akan mendapat maklumat apa.
Pembangunan ekonomi tidak dapat diasingkan dengan perkembangan sains dan teknologi, kemajuan teknologi merupakan satu tenaga yang mengerakkan pembangunan ekonomi negara. Tetapi, dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih ini, adakah permintaan tenaga buruh akan dikurangkan, dan seterusnya mempengaruhi perluasan peluang pekerjaan?
Adakah perkembangan teknologi akan mempengaruhi buruh untuk mendapat pekerjaan? Persoalan ini selalu dibahaskan. Ada yang berpendapat bahawa dengan berlakunya perkembangan teknologi, kelengkapan pengeluaran selalu diperbaharui, pengaluaran semakin dipertingkatkan, pada akhirnya akan wujud keadaan tenaga buruh diganti oleh pelbagai mesin yang canggih. Contohnya, pengeluaran berintensif buruh diganti dengan pengeluaran berintensif mesin, segala pengeluaran dikawal oleh computer dan mesin dan ramai pekerja dibuang kerja disebabkan pegeluaran secara mekanisasi, automasi adalah lebih murah, cepat dan selamat daripada pengeluaran menggunakan tenaga buruh.
Kita harus mengakui, bersama kemajuan sains dan teknologi, kelengkapan pengeluaran meningkatkan, produktiviti bertambah, dalam suatu tempoh, suatu skop yang tertentu, akan mengurangkan amaun permintaan terhadap tenaga buruh, satu peringkat tertentu wujud keadaan mesin menggantikan pekerja-pekerja. Itu adalah kerana kualiti tenaga buruh tidak dapat menyesuai dengan kemajuan-kemajuan teknologi dan akhirnya wujud pengangguran. Maka, dengan perspektif ini, kemajuan teknologi mempengaruhi perluasan peluang pekerjaan.
Tetapi juga wujud satu pandangan bahawa dalam jangka pendek dan kemajuan tempatan, saintifik dan teknologi mendatangkan satu kesan negatif terhadap pekerjaan, tetapi dari segi jangka masa panjang dan situasi keseluruhan, ia boleh memainkan satu peranan sebagai daya pergerakan dalam pelbagai aspek. Kemajuan yang saintifik dan teknologi membolehkan manusia terus memohon pengetahuan saintifik untuk penciptaan alat-alat pengeluaran baru. Dengan penggunaan alat-alat pengeluaran baru, produktiviti dapat ditumbuh menjadi beberapa puluhan atau rata beberapa seratus kali ganda. Pada masa yang sama, kemajuan sains dan teknologi boleh membekalkan kaedah baru kepada manusia dalam mencari dan akses untuk sumber galian atau sumber asli baru. Maka Ia dapat memperluaskan bilangan “labour object” dan size, ataupun mengurangkan kos untuk medapatkan sumber tersebut. Kedua, kemajuan yang saintifik dan teknologi boleh memperbaiki kualiti pekerja-pekerja. Pembangunan ekonomi yang pesat adalah tidak terpisahkan dari pekerja-pekerja berkualiti tinggi. Di bawah syarat-syarat kemajuan sains dan teknologi, masyarakat meminta pekerja-pekerja memiliki pengetahuan yang banyak, pelbagai kemahiran pada tahap yang tinggi.
Mengapa kualiti tenaga buruh negara-negara maju biasanya lebih tinggi daripada kualiti tenaga buruh negara-negara membangun, satu sebab yang penting adalah pergerakan yang disebabkan oleh kemajuan sains dan teknologi. tambahan pula teknologi moden, terutama mikro-elektronik, komputer-komputer, teknologi komunikasi adalah membangun dengan pesat, automasi pengeluaran telah mempertingkatkan tahap pengurusn pengeluaran kepada satu peringkat yang lebih tinggi. Dengan pembangunan pesat dalam tenaga produktif, permodalan dan harta benda sosial bertambah secara besar-besaran, dan mengembangkan skala pengeluaran, maka ia boleh menaikkan peluang pekerjaan secara keseluruhan.
Selain itu, kemajuan sains dan teknologi menggalakkan pembangunan sektor industri-industri baru, memperluaskan permintaan buruh. Sejak 1970s, satu manganggap elektronik teknologi maklumat sebagai penunjuk utama mewujudkan satu gelombang revolusi sains dan teknologi yang baru. Merangkumi matematik, fizik, kimia, biologi, astronomi, geografi dan teknologi tenaga baru, teknologi angkasa, teknologi laser, bio kejuruteraan teknologi, Teknologi pembangunan laut, teknologi bahan baru dan lain-lain lagi muncul satu jumlah yang besar bidang-bidang sains dan teknologi yang baru. Pembangunan pesat sains dan teknologi bertukar menjadi kuasa-kuasa produktif yang praktikal, menyebab kesemua negara-negara kapitalis utama dalam pembangunan ekonomi telah memasuki zaman gemilang yang baru, produktiviti telah dimajukan dan dikembang dengan pesat. Terutamanya pembangunan dalam bidang teknologi tinggi baru, Industri komputer elektronik, industri gentian optikal, industri laser, industri bahan-bahan baru, industri robot pelbagai industri baru dibentukan. Industri-industri baru ini secara langsung atau secara tidak langsung akan mewujudkan satu jumlah peluang-peluang pekerjaan baru yang besar.
Dengan perkataan lain, semakin banyak teknologi digunakan semakin kuranglah tenaga manusia dan bahan mentah konvensional lain yang diperlukan. Hal ini dapat juga dilihat di Jepun dan Singapura. Sekalipun tidak mempunyai sumber alam dan galian, kedua-dua buah negara itu mengeksport barangan dan perkhidmatan ke negara lain yang mewah dengan sumber alam. Singapura dan Jepun memanfaatkan sumber yang ada dan memberi pendidikan yang paling baik kepada rakyatnya dengan maklumat dan ilmu yang terkini. Daripada maklumat dan ilmu itulah, banyak produk baru dihasilkan dan dieksport ke negara lain.
Perubahan teknologi memang meninggalkan implikasi baik dan buruk kepada manusia. Antara kesan negatifnya:
1. IT sudah dan akan terus memperbesar jurang perbezaan antara negara kaya maklumat dengan negara miskin maklumat.
2. Kualiti hidup terjejas. Kita dikehendaki membuat banyak kerja serentak, maka terpaksa mengejar masa setiap saat sehingga tiada masa berehat.
3. Hidup yang semakin sibuk menyebabkan banyak orang lebih berminat mencari hiburan, dan tidak berminat pada soal politik, sosial, dan rumah tangga.
4. Masalah pengangguran, guna tenaga tidak penuh, dan persaraan awal semakin serius.
5. Masalah pencemaran alam semakin serius dan sukar dikawal kerana banyak toksin diperlukan untuk mengeluarkan komputer dan komponennya.
6. Pilihan yang dibuat biarlah sesuai dengan kemampuan diri, persekitaran yang ada, dan kehendak kita untuk masa depan. Untuk berbuat demikian, diperlukan wawasan dan juga perancangan jangka panjang. Hal ini mungkin sukar tanpa pemimpin yang dinamik, berpandangan jauh, dan yang sudah memahami implikasi maklumat dan IT ke atas kehidupan masyarakat maklumat nanti. Harlan Cleveland dalam rencananya "Information is the Critical Resource of the Future" (The Futurist, Jan-Feb 1997: 13) mengatakan bahawa, biarlah kita sendiri yang menentukan masa depan kita!

TEKNOLOGI DALAM PERBANKAN DI MALAYSIA

Sejarah Perkembangan Perbankan Malaysia


Sejarah awal kelahirannya, perbankan Islam di Malaysia telah dipengaruhi oleh faktor-faktor eksternal dan internal. Faktor-faktor ekternal yang mempengaruhi perkembangan bank Islam di Malaysia adalah berdirinya Bank Islam yang pertama di dunia yaitu Dubai Islamic Bank di Dubai Uni Emirat Arab dan Bank Pembangunan Islam (IDB) di Arab Saudi pada tahun 1975. Pada tahun 1976 hingga akhir 1985, terdapat banyak pendirian bank Islam secara pesat di seluruh dunia. Langkah-langkah ini diikuti oleh beberapa negara Islam seperti Sudan, Pakistan dan Iran dengan menggantikan sistem perbankan kepada sistem perbankan Islam. Sedangkan faktor internal yang memberikan peran yang penting dalam pengoperasian sistem perbankan Islam adalah desakan masyarakat malaysia untuk melakukan pembentukan bank syariah yang diilhami perkembangan perbankan syariah secara pesat di timur tengah.


Selain itu perbankan syariah dianggap sebagai tindak lanjut dari pelaksanaan tabungan haji yang sudah terbukti keberhasilannya dalam mengelola dana masyarakat muslim. Faktor internal lainnya adalah adanya inisiatif yang aktif dari kerajaan Malaysia dalam memfasilitasi pengaturan perbankan syariah di negara tersebut. Faktor-faktor tersebut menjadi pemicu penting dalam tonggak perkembangan perbankan syariah di negara Malaysia, yaitu dengan diundangkannya sebuat peraturan bernama Akta Bank Islam 1983, serta dikeluarkannya Akta Pelaburan Kerajaan 1983. Untuk kemudian kedua undang-undang tersebut menjadi milestone pertumbuhan perbankan syariah Malaysia.


Undang-Undang tentang bank Islam di Malaysia (Akta Bank Islam 1983) yang disahkan pada 7 April 1983 telah memberikan kewenangan kepada Bank Negara Malaysia1 untuk memberikan izin pendirian bank syariah dan melakukan pengawasan atas kegiatan operasional bank syariah. Secara spesifik izin yang diberikan adalah layanan perbankan Islam yang tidak bertentangan dengan aturan syariah Islam, dalam hal ini Bank Negara Malaysia selalu melakukan pemeriksaan on-site secara berkelanjutan yaitu dengan melakukan audit syariah terhadap segala kegiatan operasional yang dilakukan bank syariah. Dalam hal ini BNM senantiasa membuat evaluasi dan sertifikasi pemenuhan aspek kesyariahaan pada setiap tahun, termasuk dalam pemberian izin untuk pembukaan cabang-cabang baru dari bank syariah.Di samping itu Akta Bank Islam juga tetap membebankan kewajiban standart perbankan guna memenuhi aspek kesehatan perbankan bagi bank syariah, seperti: CAR, SRR dan LRR, dengan demikian bank syariah tidak hanya berkewajiban memenuhi aspek ekonomis perbankan saja akan tetapi harus tetap memegang prinsip pemenuhan aspek syariah.


Komitmen Kerajaan Malaysia terhadap pendirian perbankan syariah dibuktikan dengan keluarnya Akta Pelaburan Kerajaan 1983 (APK), undang-undang ini memberikan peluang dan fasilitas khusus kepada bank syariah untuk mendapatkan dana pinjaman secara syariah dari kerajaan untuk membantu keuangan bank syariah tersebut. Tujuan dari diterbitkannya undang-undang ini adalah untuk memberikan bantuan likuiditas kepada bank syariah agar dapat memenuhi kewajiban pembayarannya kepada nasabah maupun kepada pihak ketiga. Salah satu bentuk pinjaman likuiditas dari kerajaan Malaysia disebut dengan Sijil Pelaburan Kerajaan (SPK) yang dikeluarkan sejak 1983, pembiayaan tersebut dilaksanakan berdasarkan konsep Qardhul Hasan.


Pendirian Bank Islam Malaysian Berhad (BIMB) pada 1 Juli 1983 sebagai Bank Islam pertama merupakan langkah awal perkembangan perbankan syariah di Malaysia. Kegiatan operasional awal Bank Islam Malaysian Berhad dari tahun 1983 hingga 1992 dianggap sebagai tahun-tahun monopoli BIMB karena adanya keputusan kerajaan untuk memberi tenggang waktu selama 10 tahun kepada BIMB untuk berkembang, dalam hal ini kerajaan memberikan kewenangan BIMB untuk beroperasi tanpa saingan sehingga diharapkan pertumbuhannya akan berlangsung secara maksimal dan yang terakhir memberikan peluang kepada Bank Islam untuk sebanyak mungkin membuat produk perbankan Islam. Ketika pada tahun 1990, Bank Negara Malasysia telah mengeluarkan suatu keputusan untuk melaksanakan satu sistem perbankan syariah yang komperehensif dan beroperasi secara berdampingan dengan sistem perbankan konvensional. Perkembangan BIMB sedemikian cepat, setelah 10 tahun masa perkembangan eksklusif yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia, BIMB telah memiliki 80 cabang dan 1,200 orang karyawan, dalam perkembangannya BIMB juga tercatat dalam Main Board of the Kuala Lumpur Stock Exchange pada 17 Januari 1992.


Perkembangan sistem perbankan ganda di Malaysia berlangsung dalam dua tahapan besar. Tahapan pertama berlangsung pada tahun 1990, pada tahapan ini perbankan konvensional dan perbankan syariah berjalan secara beriringaan dengan mekanisme pasar yang lebih terbuka. Tahap kedua berlangsung sejak tahun 2001, dimana perbankan syariah menjadi bahan utama dari bangunan keuangan nasional Malaysia. Perbankan syariah di Malaysia berkembang maju dan komperehensif sehingga dapat menyumbang pemasukan nasional secara kualitatif dan kuantitatif guna memenuhi kebutuhan ekonomi negara.


Pembentukan sistem perbankan ganda merupakan suatu strategi dalam rangka meningkatkan diversifikasi jenis produk dan layanan dari perbankan, dengan demikian ummat Islam sebagai komponen terbesar masyarakat Malaysia akan dapat memilih dan menggunakan produk perbankan yang sesuai dengan ajaran agamanya. Di samping itu, sistem ini dapat menyediakan suatu alternatif produk perbankan yang baru dan lebih luas kepada masyarakat, sehingga konsumen akan dapat memilih untuk memanfaatkan layanan perbankan syariah ataukah konvensional. Sebagai dampak penggunaan sistem perbankan ganda, pemerintah Malaysia harus menyiapkan berbagai pranata perbankan yang baru sebagai suatu upaya agar perbankan syariah akan dapat memeberikan layanan secara komperehensif.


Pada tahun 1993, otoritas perbankan Malaysia mengeluarkan kebijakan yang disebut dengan Skim Perbankan Islam (SPI). Program Skim Perbankan Islam dilaksanakan pada tahun 1993 hingga 2000 sebagai suatu upaya memperkuat jaringan pelayanan perbankan syariah, mentargetkan kenaikan share market perbankan syariah hingga 5 % serta memperbanyak jenis layanan bank syariah. Di samping itu dibentuklah Majlis Penasihat Syariah pada tingkat nasional dan pembuatan Jabatan Perbankan Islam dan Takaful pada Bank Negara Malaysia.
Salah satu dari strategi yang digunakan untuk membangunkan sistem perbankan Islam adalah dengan menambah jumlah peserta yang bergabung dalam Skim Perbankan Islam. Pelembagaan SPI bertujuan untuk mensosialisasikan keberadaan perbankan syariah kepada masyarakat luas dalam waktu yang singkat serta dengan biaya yang rendah. Dengan mengikuti keanggotaan Skim Perbankan Syariah, bank konvensional diperkenankan memberikan pelayanan produk dalam bentuk syariah dengan menggunakan prasarana dan instrumen yang sudah ditetapkan. Bank Negara Malaysia secara khusus telah memberikan guide line mengenai bank konvensional yang memberikan layanan produk syariah, antara lain aturan pada BAFIA pasal 32 yang tidak membenarkan bank melakukan investasi pada sektor usaha yang bersinggungan dengan barang haram seperti arak dan judi. Pasal 124 BAFIA juga mensyaratkan kepada bank konvensional yang memberikan layanan produk syariah, haruslah membuat unit atau divisi perbankan syariah. Skim ini bersifat sukarela, namun pelaksanaannya tunduk pada ketentuan yang diatur oleh BNM.


SPI ini adalah merupakan skim yang terbuka dan sukarela, BNM tidak memaksa semua bank untuk mengikuti skim tersebut. Apabila bank konvensional mengikuti program SPI, maka bank tersebut haruslah mengikuti semua petunjuk dan persyaratan standart yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Salah satu persyaratan yang diberikan oleh BNM kepada bank konvensional yang hendak mengikuti SPI adalah pembentukan “Bahagian Perbankan Islam” (Islamic Banking Division), lembaga ini harus diketuai oleh seorang yang memiliki kompetensi dan lisensi dalam bidang perbankan syariah. Sementara itu, bank peserta SPI diwajibkan mencari dan mengelola dana layanan perbankan syariah secara terpisah dari anggaran untuk perbankan konvensional. Bank-bank SPI diwajibkan memberikan proposal pembuatan layanan syariah beserta jaminan kesyariaahan produk dan laporannya kepada BNM. Apabila kode rekening yang dimiliki oleh SPI mengikuti jaringan RENTAS2 (Real Time Electronic Transfer of Funds and Securities) dan juga layanan SPICK (Sistem Penjelasan Imej Cek Kebangsaan), maka haruslah Bank SPI tersebut mempunyai pelaporan statistik dalam bentuk dalam FISS (Financial Institutions Statistical System).

Produk yang diberikan oleh SPI sangatlah variatif, terdapat 30 jenis produk layanan yang diberikan diantaranya adalah deposito, simpanan berjangka dan rekening koran, pembiayaan perorangan, pembiayaan korporasi dan pembiayaan perdagangan. Jenis layanan SPI pada dasarnya merupakan bentuk pengembangan dari layanan perbankan konvensional yang dikonversi dalam skim syariah.
Sementara itu, kegiatan pasar uang di Malaysia berlangsung sejak peresmiannya pada bulan Januari 1994. Di dalam pasar uang syariah ini terdapat dua komponen yang utama, yaitu;
i. Pinjaman Mudharabah Antar Bank3
Pinjaman jenis ini merupakan skim pembiayaan yang diberikan oleh bank yang memiliki kelebihan likuiditas kepada bank yang mengalami kesulitan likuiditas, dengan skim ini antar bank tersebut dapat dilakukan perjanjian pinjam-meminjam dengan prinsip mudharabah. Pada umumnya pinjaman Mudharabah antar bank memiliki masa jatuh tempo selama 1 (satu) tahun dan pembagian nisbah keuntungan telah ditentukan bersama pada awal pembuatan perjanjian .


ii. Jual Beli Surat Berharga Syariah4
Jual beli surat berharga pada pasar uang syariah biasanya memperdagangkan beberapa instrumen sebagai berikut: IAB (Bil Pertukaran Islam/Islamic Accepted Bill) IDS, ICPs, INIs, BMC (Bon Mudharabah Cagamas) dan GII. Pada bulan November 2000, BNM telah memperkenalkan instrumen baru, yaitu : Nota Boleh Niaga berdasarkan Bai Al-Inah, merupakan suatu instrumen jual-beli dimana suatu barang dijual dengan harga secara tangguh, kemudian kemudian barang tersebut dibeli kembali secara tunai dengan harga lebih rendah dari pada harga jual sebelumnya.
Langkah strategis Malaysia dalam upaya mempercepat pengembangan perbankan syariah adalah dengan mendirikan Bank Islam pada tahap kedua yang mulai beroperasi sejak 1 Oktober 1999. Pendirian Bank Islam pada tahap kedua ini dilakukan dengan menggabungkan Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) dan Bank of Commerce Berhad (BOCB). Seluruh Asset Bank Syariah BOCB, BBMBK (Syarikat Kewangan) di spin off ke BBMB, dalam hal ini tidak terkecuali dengan asset konvensional yang dimiliki oleh BBMB dan BBMBK. Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) telah mengembalikan lisensi yang diberikan oleh BAFIA dan kemudian mengajukan permohonan lisensi perbankan syariah di bawah pengaturan Akta Perbankan Islam. Seluruh karyawan BBMB, BOCB dan BBMBK sejumlah 1,000 orang dipindah tugaskan ke BMMB, dengan modal dasar RM 300 juta dan 40 kantor cabang yang tersebar di seluruh Malaysia.
1. Adalah Bank Sentral Malaysia yang dibentuk berdasarkan Central bank of Malaysia Act 1958, Act No 519
2. Layanan Transfer secara otomatis melalui ATM, Phone Banking dan Internet Banking antar berbagai bank, baik konvensional maupun syariah secara real time, seperti jaringan ATM Bersama
3. Biasanya disebut dengan Pelaburan Mudharabah Antarbank
4. Biasanya disebut dengan Urusniaga Nota Islam

MERUBAH WAJAH SEKTOR PERTANIAN DAN PENTERNAKAN MENERUSI TEKNOLOGI

PENGGUNAAN kaedah-kaedah atau cara menghasalkan produk atau sistem dalam sektor pertanian bermula sejak sekian lama tetapi hanya bersifat mudah dan tidak meluas. Ketika itu, hanya teknologi pertanian lebih kepada kelapa sawit dan getah dan koko kerana komoditi inilah yang menjadi sumber ekonomi sejak awal merdeka. Lebih awal daripada itu sesetengah pengusaha mula mencuba pelbagai spesies ikan untuk ditemak seperti ikan kap pada 1920-an.

Dalam tempoh lima dekad apabila Malaysia merdeka dan membina universiti serta institusi penyelidikan ramai saintis dan ahli teknologi serta pengurusan dikeluarkan dan mereka inilah yang menjadi penggerak kepada revolusi teknologi dalam pertanian.Teknologi telah berjaya membuat anjakan kepada wajah pertanian daripada kecil-kecilan kepada maju dan berskala besar.

Teknologi tersebut sebenarnya merangkumi pelbagai cabang sama ada mekanisasi dan automasi pada jentera teknologi maklumat dan komunikasi bioteknologi pembiakbakaan dan nanoteknologi serta teknologi maklumat. Teknologi dan inovasi tersebut dimanfaatkan dalam tiga cabang utama pertanian iaitu penanaman pentemakan ikan dan haiwan. Meskipun dikatakan bahawa hanya 14 peratus sahaja sektor pertanian kita menggunakan jentera, namun apabila amalan pertanian baru diperkenalkan bioteknologi dan ICT menjadi semakin penting dalam pemodenan pertanian. Selain universiti tempatan termasuk Universiti Putra Malaysia (UPM) dan pusat kemahiran ada menghasilkan penyelidikan pertanian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) paling kehadapan dan dianggap peneraju dalam pemodenan pertanian melalui teknologi.

Malah, agensi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu memiliki tidak kurang 300 penyelidikan dan teknologi melibatkan bioteknologi pembiakbakaan, mekanisasi dan automasi, nanoteknologi, teknologi pembungkusan yang sebahagiannya telah pun dikomersialkan.
Dalam bidang bioteknologi misalnya, MARDI pula berjaya menghasilkan baka lembu kacukan ‘Charolais’ dari Perancis dengan lembu tempatan yang diberi nama “Charoke” dan juga Brakmas hasil kacukan Brahman dan baka tempatan yang mempunyai ciri istimewa.
MARDI juga baru-baru ini membangunkan teknologi reproduktif haiwan (advanced reproductive biotechnology-AKB) bagi pengeluaran baka lembu dan kambing
bermutu.

Malah, sejak sekian lama agensi tersebut memanfaatkan teknologi kultur tisu tanaman penghasilan varieti baru pelbagai jenis tanaman. Ini termasuk orkid (transgenic) pisang, nanas, betik dan keledek seperti Vitato serta cap jari DNA bagi mengenalpasti varieti komersial padi betik.

Tanaman klon juga dihasilkan termasuk yang terbaru kopi Liberika. MARDI juga menghasilkan pelbagai varieti padi termasuk terbaru MR219 dan MR220, durian dan nanas aromaterapi sehinggalah kepada makanan ternakan.

Penternak juga mendapat manfaat dengan adanya produk pengeluaran makanan ternakan daripada bahan sawit. Produk lain termasuk nutraseutikal, minyak dara kelapa (virgun coconut oil) dan terbaru biodiagnostik iaitu kit pengesan yang murall dan berkesan bagi memastikan
produk pertanian yang memenuhi piawaian kualiti dan dan menjamin keselamatan
pengguna.

Penyelidik MARDI juga berjaya menghasilkan kit pengesan kandungan GMO dalam makanan. Daripada mesin dan jentera antara yang dihasilkan ialah mesin antaranya mesin menabur benih mesin menanam ubi keledek, mencucuk sate, mengopek sabut kelapa dan pelbagai mesin membuat kuih.

Selain itu, Agensi Nuklear Malaysia juga aktif menjalankan kajian menghasilkan pelbagai tanaman mutan atau varieti baru termasuk rumput dan bunga raya serta orkid. Teknik yang dilakukan ialah mutasi aruhan menggunakan sinaran gamma.

Teknologi lain yang dibangunkan termasuk menghasilkan varieti baru bunga raya dan rumput selain orkid menggunakan kaedah yang sama. Beberapa tahun kebelakangan ini, teknologi pertanian semakin menarik perhatian dengan pengenalan fertigasi yang berasal daripada perkataan Inggeris-fertigation.

Jika dahulu, Jabatan Pertanian memperkenalkan teknik penanaman hidroponik iaitu tanpa tanah, fertigasi kini menjadi pilihan pengusaha, sekali pun kos lebihtinggi daripada kaedah konvensional. Sistem tersebut menyalurkan baja dan pengairan secara serentak dan terus kepada tanaman dan sesuai untuk sayur berbuah seperti tomato timun dan tomato.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar juga membangunkan sektor ternakan dengan penghasilan vaksin dan kit diagnosis yang dijalankan di Institut Penyelidikan Haiwan
(VRI) Ipoh.

Selain itu, Jabatan tersebut juga menghasilkan pelbagai jenis produk antaranya silaj dan formulasi makanan temakan daripada rumput. Jabatan Perikanan memperkenalkan teknologi pembenihan ikan khususnya air tawar bagi menampung keperluan baka tempatan.

Malah, terdapat teknologi baru yang memberi manfaat kepada pengusaha akuakultur dengan penggunaan sistem tertutup dan diaplikasikan dalam ternakan ikan keli dalam kanvas yang kini semakin mendapat sambutan.

Teknologi pertanian juga memasuki fasa baru dengan pengenalan pertanian organic yang mana penggunaan baja dan racun kimia tidak lagi praktikal. Ini kerana, isu keselamatan makanan semakin menjadi keutamaan. Dengan itu baja organik dihasilkan daripada tinja atau najis haiwan temakan selain penggunaan mikroorganisma berkesan (EM) vermikompos (penggunaan cacing) dan bahan buangan pertanian yang dieramkan dengan gula merah sebagai contoh semakin meluas digunakan. Penggunaan struktur pelindung juga menjadi semakin penting bagi menghalang serangga menyerang tanaman.

Selepas Malaysia memasuki era satelit dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada dekad 1990 an satu teknologibaru diperkenalkan oleh pelbagai pihak tennasuk UPM Mimos Berhad dan kini oleh MARDI.

UPM dan Mimos misalnya memperkenalkan Sistem Pengurusan Pertanian Tepat (PAMS) bukall sahaja unik dan menarik dengan memanfaatkan sepenuhnya teknologi maklumat (IT) dengan gabungan teknologi sensor untuk mengurus lading pertanian dan merainal hasfl yang akan dikeluarkan.

Teknologi ini juga telah dibangunkan oleh MARDI dengan kerjasama Lembaga Pengairan Pertanian Muda (MADA) untuk meningkatkan hasil padi. Teknologi ICT juga dimanfaatkan oleh Agensi Remote Sensing Negara untuk meramal hasil padi. Teknologi satelit itu juga dimanfaatkan untuk mengesan lokasi ikan dengan gabungan agensi seperti Mimos Berhad Agensi Remote Sensing dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Pada masa sama, nelayan tidak lagi bergantung kepada panduan alam untuk mencari lokasi sumber ikan sebaliknya penggunaan GPS, eco sounder dan fish finder menjadikan kerjaya tersebut turut menerima tempias penggunaan teknologi tinggi. Landskap pertanian negara banyak berubah dengan penekanan kepada teknologi selaras dengan pertanian baru supaya dapat diusahakan mengikut skala besar, ekonomi dan menghasilkan pulangan lumayan.

Sebahagian daripada sekian banyak teknologi tempatan yang dinyatakan, jelas menandakan, Malaysia tidak ketinggalan dalam memacu sektor pertanian berteknologi tinggi.

Jika dahulu, sektor pertanian menggunakan kaedah tradisional iaitu membajak menggunakan lembu dan menanam secara manual, hari ini jentera banyak menyelesaikan masalah di ladang.
Malah terdapat sistem pengurusan ladang atau kolam kini yang menggunakan ICT untuk beroperasi, satu fasa dalam kemajuan pertanian negara hasil kemerdekaan yang dicapai dalam tempoh l√ľna dekad ini.

PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Di Malaysia, terdapat beberapa peringkat perkembangan sistem pendidikan. Pada awal peringkat, sistem pendidikan berbentuk bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan kongnitif pelajar. Pengajaran adalah dalam dengan pengajaran al-quran, akhlak yang baik, tingkah laku, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri. Peringkat awal ini termasuk pendidkan dalam bidang pertanian, kraf tangan, perikanan dan perburuan. Selain itu, terdapat satu lagi jenis pendidikan dimana sistem pendidikan agama yang dikenali sebagai “Sekolah Pondok”. Sekolah pondok ditubuhkan oleh ulama-ulama Islam. Pelajar-pelajar sekolah pondok menuntut di madrasah agama dan tinggal di pondok yang di bina di sekelilingnya.
Dalam peringkat kedua, pendidikan di Tanah melayu telah dikelola, dikendalikan, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris semasa zaman penjajahan Inggeris (1824-1957) tanpa mempunyai satu falsafah yang konkrit atau Dasar pendidikan Kebangsaan. Matlamat utama sistem pendidikan penjajah ini adalah memberi pendidikan kepada rakyat bagi membolehkan supaya mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi. Oleh itu, pemerintah Inggeris mula memberi tumpuan besar kepada pelajaran Inggeris pada tahun 1816. Walau bagaimanapun perhatian kepada pelajar melayu hanya menunaikan kewajipan mereka kepada anak watan sesuai dengan perjanjian Inggeris dengan pembesar pembesar tempatan.
Pendidikan Melayu
Pendidikan Melayu yang awal menekankan pengajaran Quran dan pengetahuan asas tentang membaca, menulis dan mengira (3M). Oleh disebabkan pendidikan melayu hanya di peringkat yang rendah sahaja, maka anak-anak Melayu yang ingin melanjutkan pelajaran terpaksa memasuki sekolah menengah Inggeris di bandar. Oleh itu pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa melayu dihadkan kepada empat tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum yang terhad. Pada awal abad ke 20), bagi menampung permintaan yang bertambah terhadap Pendidikan menengah, Maktab Melayu Kuala Kangsar diasaskan mengikut model English Grammar School pada tahun 1905 yang khas untuk golongan bangsawan sahaja. Maktab Perguruan Sultan Idris telah ditubuhkan untuk memenuhi pertambahan permintaan terhadap guruguru sekolah melayu yang berkelayakan pada tahun 1922. Maktab Perguruan Perempuan Melayu di Melaka telah ditubuhkan pad a tahun 1935. Pemerintah Inggeris cuba menghalangkan kemajuan perbandaran dan perindustrian di kalangan Melayu.
Pendidikan Arab Dan Agama
Sekolah ini dikendalikan secara tidak formal dan kurikulumnya menekankan pengajaran Quran serta pendidikan moral dan kerohanian. Selepas perang Dunia Pertama, sekolah-sekolah Arab dan Agama telah muncul di merata-rata tempat di semenanjung Tanah Melayu terutama di negeri Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.
Pendidikan Cina Dasar terbuka dan tidak campurtangan Inggeris dalam hal ehwal social kaum pendatang menyebabkan wujudnya sekolah-sekolah cina dan tamil. Sekolah ini dikendalikan oleh masyarakat masing-masing tanpa bantuan daripada lnggeris hinggalah tahun 1920-an se1aras dengan tradisi mengutamakan pelajaran dan mengekalkan kebudayaan serta identiti bangsa masyarakat Cina mula bergiat menubuhkan sekolah Cina sejak awal abad ke 19. Keadaan ini serupa di Sabah dan Serawak. Dasar tidak campur tangan lnggeris dalam pendidikan vernakular menyebabkan perkembangan politik dan ekonomi negeri Cina mempengaruhi sistem pendidikan masyarakat Cina di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah Dan Sarawak.
Pendidikan Tamil
Sekolah-sekolah Tamil didirikan di lading-ladang getah. Tamil didirikan dan dikelolakan oleh masyarakat India sendiri. Pihak Kerajaan atau majikan ladang getah tidak memberi bantuan dari segi fizikal dan kewangan. Oleh itu sekolah - sekolah Tamil yang didirikan di ladang - ladang getah menghadapi beberapa kekurangan dari segi isi kandungan kurikulum, tenaga pengajar. Sekolah ini adalah tidak berfungsi dan sebahagian besar pelajarnya akan kekal di ladang getah menjadi buruh kasar. Pada tahun 1923, negeri-negeri Melayu Bersekutu telah meluluskan satu rang undang-undang di mana majikan ladang getah diwajibkan membina sekolah bagi anak-anak pekerja mereka. Mubaligh kristian juga banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan Tamil. Kurikulum di sekolah-sekolah Tamil ini disesuaikan mengikut negeri India, begitu juga kebanyakan guru serta buku -buku teks telah dibawa masuk dari India. Kurikulumnya menegaskan pengetahuan dalam kemahiran asas 3 M membaca, mengira,dan menulis karangan,ilmu alam dan kebersihan diri (personal hygiene)sebelum perang dunia kedua, program latihan guru kelas normal, selama 3 tahun telah dimulakan untuk guru-guru sekolah Tamil. Pendidikan di sekolah Tamil juga terhad di peringkat rendah sahaja. Dasar pemerintahan Inggeris terhadap perkembangan pembangunan sekolah Tamil terus menambahkan lagi jurang pendidikan di antara tiga kaum utama di negara kita iaitu Melayu, Cina,dan India.
Pendidikan Inggeris
Pendidikan Inggeris mula diperkenalkan di tanah Melayu apabila Penang Free School ditubuhkan pada tahun 1816. Pada pertengahan abad ke 19, mubaligh kristian membantu menubuhkan beberapa buah sekolah Inggeris. Kebanyakan sekolah ini ditubuhkan di kawasan - kawasan bandar dengan bantuan kerajaan Inggeris. Kurikulumnya bercorak Kurikulum School of Great Britain dengan tujuan mengeluarkan pegawai - pegawai tadbir rendah bagi memenuhi keperluan kuasa, metropolitan British. Pendidikan di sekolahsekolah Inggeris diadakan pada peringkat rendah dan menengah. Bagi memenuhi keperluan guru pelatih, program latihan guru kelas normal dimulakan di Kuala Lumpur pada tahun 1905 dan di Pulau Pinang pada tahun I907. Kursus-kursus pendidikan peringkat diploma kemudiannya ditawarkan di Raffles College, Singapura. Manakala pembelajaran tinggi bermula dengan penubuhan Medical School di Singapura pada tahun 1905, dan pada tahun 1912, namanya telah ditukar menjadi King Edward VII Medical College. Raffles College yang ditubuhkan pada tahun 1928, menawarkan kursuskursus dalam bidang Sastera dan Sains.

Pendidikan Zaman Jepun
Semasa perang Dunia Kedua (l941-1945), negeri-negeri yang menganggotai Malaysia telah diduduki oleh tentera Jepun. Perkembangan ini memberi perubahan kepada sistem pendidikan di Semenanjung Malaysia. Dasar pelajaran di bawah pemerintahan tentera Jepun, ialah sekolah-sekolah venakular Melayu dan Tamil diteruskan seperti sebelumnya tetapi menambahkan bahasa Jepun dalam kokurikulum serta berorientasikan negeri Jepun. Pemerintahan Jepun juga menubuhkan Sekolah Nippon-Go bagi mengantikan sekolah-sekolah Cina dan Inggeris. Pengajaran Nippon-Go, lagu rakyat Jepun dan cara hidup mereka ditekankan di dalam kurikulum sekolah rendah.
Perkembangan pembangunan pendidikan awal merdeka
Selepas perang dunia kedua perkembangan politik negeri China, India , dan negara jiran banyak berubah , Masyarakat pendatang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat kediaman mereka dan kebangkitan nasionalisme Melayu melihatkan tentang masalah kerumitan kaum tentang pendidikan. Orang Melayu mula mendesak ,supaya Kerajaan membaiki mutu pendidikan di sekolah - sekolah Melayu serta menambahkan peluang bagi melanjutkan pelajaran, Sebuah jawatan kuasa ditubuhkan iaitu sebuahjawatankuasa Barnes, Laporan Barnes ini diterbitkan pada awal tahun 1951,dan mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah kebangsaan dari bahasa berbilang kaum sama ada menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai pengantar utamanya. Sekolah cina dan Tamil akan ditukar secara beransur- ansur kepada sekolah Kebangsaan dengan memperkenalkan aliran Kebangsaan. Cadangan tersebut ditentang hebat oleh orang Cina. Laporan Fen Wu, memperakukan untuk mengekalkan serta pembaikan Sekolah Cina telah memburukkan lagi pertikaian yang hangat tentang pendidikan di Tanah Melayu, Laporan Jawatankuasa Fen Wu telah mengemukakan cadangan-cadangan yang pada asasnya menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa Cina dijadikan bahasa pengantar.