RSS
Write some words about you and your blog here

PERKEMBANGAN PESAT MEDIA ALTERNATIF


Media adalah alat perantara yang digunakan dalam menyampaikan sesuatu, manakala
media massa pula adalah alat yang digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada
masyarakat. Penyampaian maklumat amatlah penting, sebab sesuatu berita atau
maklumat tidak dapat disampaikan sekiranya kita tidak mempunyai media untuk
menyampaikannya. Media massa atau media untuk menyampaikan maklumat boleh
dalam pelbagai bentuk. Bentuk media massa yang lazim adalah media cetak seperti surat,surat khabar, atau buku yang bercetak, dan media elektronik seperti radio, televisyen,komputer dan juga telefon.

Perkembangan dalam teknologi maklumat ini kemudiannya dibangunkan untuk teknologi media yang dapat menghantar maklumat, dan sebagai alat hiburan melalui teknologi yang dikenali kini sebagai teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).

Teknologi ini berkembang seiring dengan perkembangan teknologi komputer yang berasaskan system digital. Laman sesawang yang dibangunkan oleh sistem komputer membenarkan hamper keseluruhan sistem perhubungan dapat dilakukan melalui alam maya. Kesemuanya ini memungkinkan lebih banyak maklumat dapat disampaikan dalam masa yang sesingkat mungkin. Lebih banyak hiburan dapat disampaikan dari satu penjuru dunia ke penjuru dunia yang lain.

Kenapa maklumat mempunyai ‘kuasa’? Sebabnya mereka yang mempunyai
maklumat dapat membina persepsi insan dan masyarakat keseluruhannya. Orang akan
menilai sesuatu yang dilihat dan didengarnya berdasarkan kepada bagaimana maklumat tersebut tiba kepada dirinya. Orang boleh menukar persepsi dan sikapnya tentang sesuatu perkara berdasarkan kepada bagaimana maklumat yang tiba kepada dirinya yang dibentuk oleh yang menyampaikan maklumat kepadanya. Allah s.w.t menyebut di dalam al-Quran,


‘Dan sesungguhnya Kami jadikan isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati (qalb) tetapi tidak menggunanya, dan mereka yang mempunyai mata (tetapi) tidak melihat, dan mereka yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mendengar. Mereka sebagai binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orangorang yang lalai’ (Al-Qur’an 7:179)


Maknanya maklumat yang disampaikan melalui mata yang melihat dan telinga
yang mendengar, akan membolehkan diri (qalb) yang melihat dan mendengar memberi
7 makna kepada maklumat yang diperoleh. Dengan kata lain maklumat tersebut akan
membina persepsi seseorang. Sekiranya kita hanya menerima maklumat dari orang lain, dan diri sendiri tidak mempunyai kaedah saringan yang berwibawa dan yang bersifat maklumat, maka persepsi kita akan dicorakkan oleh orang lain.

Maklumat juga merupakan asas kepada pembinaan ilmu. Tetapi untuk menjadikan
maklumat tersebut sebagai sumber ilmu, maklumat itu mestilah benar dan bermakna
kepada yang mendapat maklumat berkenaan. Dengan maklumat yang benar dan bermakna sahajalah, maka ilmu dapat dibangunkan. Pembangunan ilmu pula merupakanasas kepada pembinaan insan.

Begitu juga dalam dunia hiburan yang dipromosikan secara amat berleluasa oleh
pelbagai media kini, termasuk media perdana kita sendiri. Anak remaja tidak lagi
mengenal orang-orang yang berilmu di sekitar mereka termasuk guru dan ilmuwan di
tanah air sendiri, apatah lagi ilmuwan antarabangsa, tetapi lebih mengenali dan
mengidolakan para penghibur dalam nyanyian, lakonan dan juga sukan. Mereka lebih
sensitif dengan perlakuan, penonjolan dan kata-kata daripada para penghibur ini daripada sensitif terhadap nasihat, tingkah laku dan juga watak para ilmuwan atau pemimpin mereka (kadang-kadang ibu bapa mereka) sendiri. Persepsi mereka terhadap golongan pembangun negara dan tamadun (ilmuwan, negarawan, sasterawan, dan karyawan) sudah dicorakkan oleh media massa yang ada.

Dengan adanya komputer yang cukup canggih ketika ini pelbagai fenomena dapat
disimulasikan dan dianimasikan. Ini menjadikan watak, lakonan dan imej yang dilihat
dalam televisyen atau wayang menjadi semakin ghairah untuk dilihat. Ini semua boleh
membantu ke arah merubah persepsi para penontonnya, terutamanya sebagai alat
penghibur.

Yang amat parah sekali adalah peranan media massa dalam merubah persepsi
manusia terhadap bahasa. Hari ini dipaparkan kepada kita bahawa bahasa dunia adalah bahasa Inggeris. Dengan demikian semua orang perlu menguasai bahasa tersebut.

Memang kita tidak nafikan peranan bahasa tersebut di peringkat antarabangsa. Tetapi
media massa menggambarkan seolah-olah bahasa anak watan tidak lagi berupaya untuk menyampaikan ilmu, terutamanya ilmu sains dan matematik. Lalu pengajaran sains dan matematik perlu diajar dan dibangunkan dalam bahasa asing ini. Secara tidak langsung bahasa ibunda mereka, yang berakar dalam acuan budaya, sastera, dan nilai-nilai anak bangsa perlu dikesampingkan. Kita amat faham bahawa bahasa bukan sekadar alat untuk berkomunikasi, malah jauh dari itu bahasa adalah pembentuk budaya, pembangun citra, pembina sahsiah dan jati diri. Sekiranya kita menggunakan bahasa orang lain sebagai alat komunikasi dalam sains dan matematik, ia juga akan menanam budaya, citra dan sahsiah orang lain dalam jiwa anak watan ketika sains dan matematik disampaikan.

Demikian sebahagian daripada pemerhatian kita terhadap peranan media massa
alternatif di dalam membentuk perspektif dan minda masyarakat awam. Media massa
alternatif masih penting, tetapi sekiranya ia tidak dilaksanakan dengan penuh berhikmah, penuh beramanah dan kejujuran demi menyampaikan maklumat, ia akan menjana lebih banyak kemusnahan daripada kebaikan. Kita perlu sedar bahawa di samping menyampaikan maklumat, ada golongan yang mengambil kesempatan untuk kepentingan diri atau kumpulannya sendiri, walaupun berlaku musibah yang besar kepada ummah keseluruhannya.


0 comments:

Post a Comment