RSS
Write some words about you and your blog here

Kesetaraan dan Keadilan Gender

Dalam alaf baru ini, begitu banyak kemajuan dan perkembangan telah berlaku yang telah mempengaruhi masyarakat sejagat, dan yang telah menyebabkan tiada masyarakat yang boleh hidup terasing daripada dunia luar.
Proses globalisasi, dengan hakisan dan pembasmian, hampir segala sempadan, nyata atau tidak nyata, antara masyarakat-masyarakat dan negara-negara di dunia, telah memberi pelbagai kesan, ada yang positif dan ada yang negatif. Globalisasi telah dipercepatkan oleh kemajuan-kemajuan pesat ICT, yang membawa pelbagai impak yang telah dan akan terus mengubah corak masyarakat dan ekonomi semua negara.
Globalisasi , antara lain, telah melihatkan ujudnya apa yang boleh dipanggil "norma-norma sejagat" atau "universal norms" yang akan terus mempengaruhi corak masyarakat dan ekonomi negara-negara individu seperti Malaysia. Contohnya dengan hakisan sempadan, maka:

  1. pengaruh budaya dan kemasyarakatan dari luar akan memberi kesan kepada masyarakat Malaysia, terutama generasi muda.
  2. Struktur dan profail ekonomi akan semakin dipengaruhi oleh "norma-norma sejagat" dalam operasi industri dan perdagangan yang akan terus berasaskan penggunaan sumber secara global, dan ukuran daya saing bertaraf global. Juga pasaran dilihat sebagai tanpa sempadan, dan, dengan itu saingan menarik pelaburan dan mendapat pasaran akan semakin sengit.
  3. Kemajuan-kemajuan dalam ICT telah membolehkan pelbagai aspek pengetahuan / ilmu / knowledge mengalir tanpa batasan di antara negara-negara di dunia, dan pengetahuan sudah menjadi asas kepada kemajuan dan pembangunan mana-mana negara, pada masa sekarang dan di masa akan datang.


Setiap aktiviti dalam setiap sektor masyarakat dan ekonomi akan semakin digerak dan dimajukan dengan Ilmu dan Pengetahuan sebagai penjana utama.
Penerapan optima Ilmu dan Pengetahuan oleh sesebuah masyarakat itu, akan berupaya menyediakannya, untuk berintegrasi ke dalam arus utama atau mainstream kemajuan ekonomi global, dan membolehkan ahli-ahli masyarakatnya memanfaatkan pembaharuan-pembaharuan dan kemajuan-kemajuan yang di bawa oleh teknologi dan proses.
Yang penting ialah sejauh mana negara dan masyarakat dapat menguruskan / manage / menangani proses serta implikasi, dan juga manifestasi, globalisasi itu, supaya:

  1. dipastikan faedah yang optima daripada proses itu, dan masyarakat dan negara terus maju kesan daripada globalisasi.
  2. menyekat daripada pengaruh-pengaruh negatif globalisasi daripada menghakis cirri-ciri masyarakat majmuk di Malaysia, yang sehingga kini, telah menjamin persefahaman, perpaduan, keharmonian dan kestabilan. Contohnya:
  • elemen-elemen budaya negatif
  • konsep dan fahaman-fahaman yang tidak sesuai / secucuk dengan norma-norma masyarakat Malaysia
  • pengaruh-pengaruh yang akan menghakis identiti masyarakat Malaysia serta ciri unik yang sekian lama merupakan unsur-unsur kekuatan.


Jelas bahawa bagi negara dan masyarakat, termasuk wanita, cabaran utama ialah untuk menangani impak globalisasi dengan bijak dan berstrategi, supaya, hanya aspek-aspek positif yang mempengaruhi masyarakat dan dan negara, dan dapat dibina benteng-benteng berkesan menghalang pengaruh-pengaruh negatif.
Oleh kerana Ilmu dan Pengetahuan akan terus merupakan Penjana utama kemajuan semua masyarakat dan negara, maka, usaha penting, ialah untuk membina dan membangunkan Modal Intellek atau Intellectual capital negara. Oleh kerana wanita merupakan 48.9% daripada penduduk negara, maka mesti dipastikan sekurang-kurangnya separuh daripada sumbangan Modal Intellek itu datang daripada wanita.
Ini bererti, peluang-peluang untuk wanita memperolehi pengetahuan dan kemahiran mesti terbuka sama rata, dan wanita sendiri mesti membasmikan apa-apa kongkongan minda dan sikap yang menghalang penyertaan wanita secara efektif dalam bidang-bidang dinamis ekonomi negara.
Wanita sendiri mesti mempelopori proses perubahan minda masyarakat pada amnya, dan di kalangan wanita sendiri khususnya, supaya wanita dapat melihat aplikasi potensi dan keupayaan mereka di luar batasan dan sempadan negara, iaitu dalam konteks peluang-peluang di peringkat serantau dan juga global.
Ini jelas dalam bidang-bidang seperti industri, perniagaan dan perdagangan, yang mana, dengan strategi dan pendekatan yang teratur, dapat diterokai pasaran dan peluang-peluang di negara-negara luar. Bahkan proses liberalisasi atau pembukaan pasaran secara serantau, seperti kawasan perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dan secara global melalui proses-proses rundingan pelbagaihala / multilateral, di bawah WTO, telah memberi peluang kepada wanita untuk menjadi peniaga dan pembekal global.
Aktiviti-aktiviti industri kampong sudah dibolehkan oleh ICT dan e-dagang untuk menerokai pasaran eksport, dan khidmat-khidmat professional boleh ditawarkan kepada negara-negara luar oleh professional wanita Malaysia. ICT juga telah mempermudahkan pelbagai proses dan aktiviti, dan hanya daya kreatif dan inovasi, serta motivasi yang menentukan sejauh mana potensi yang ada dapat dieksploitasi, dan peluang-peluang direalisasi.
Kaum wanita mesti memahami kuasa dan keupayaan ICT dalam kehidupan seharian, dan meningkatkan kapasiti masing-masing untuk menjana secara produktif kuasa ICT itu.
Wanita di pusat-pusat pengajian, terutamanya perlu menjadi catalyst / penggerak ke arah ini, dengan melakukan penyelidikan tentang bagaimana ICT boleh membantu wanita dalam pelbagai bidang, contohnya:-

  1. di kalangan perniaga-peniaga kecil dan sederhana.
  2. dalam pengendalian aktiviti-aktiviti ekonomi, sama ada dalam pertanian atau industri.
  3. bagaimana dapat di tingkat dan diperluaskan keupayaan memperolehi kemudahan
  4. kemudahan ICT di kalangan wanita supaya tidak ujud jurang digital / digital divide yang menyebabkan wanita terhalang daripada merealisasi sepenuhnya potensi dan keupayaan mereka.


Bagi pihak kerajaan, pelbagai program dan langkah sokongan / support telahpun disediakan untuk membantu wanita meningkatkan penglibatan mereka dalam ekonomi negara, terutama dalam sektor-sektor ekonomi dan perdagangan., seperti:-

  1. Sekim-sekim geran dan pinjaman mudah untuk tujuan-tujuan seperti meningkatkan produktiviti, penggunaan teknologi terkini, pemodenan proses dan peralatan, penerokaan pasaran eksport dan meningkatkan dayasaing.
  2. Sekim-sekim kewangan untuk modal teroka dan modal operasi.
  3. Program-program bantuan terknikal, untuk meningkatkan keupayaan mengurus dan mentadbir syarikat dan perniagaan.
  4. Khidmat-khidmat nasihat dan bimbingan.

Di Malaysia, tiada diskriminasi terhadap penyertaan wanita dalam bidang-bidang perniagaan dan industri, bahkan terdapat pula lebih fleksibiliti dalam program-program untuk wanita. Yang penting ialah:

  1. Wanita sendiri maklum akan segala program-program kerajaan itu dan menggunakan sepenuhnya apa jua khidmat, sokongan dan bantuan yang boleh diperolehi melalui "delivery system" atau sistem penyampaian kerajaan itu.
  2. Wanita bersedia dan proaktif untuk berusaha meningkatkan keupayaan atau capacity building, yang mana, wanita sendiri, mengenali kekuatan dan kelemahan masing-masing dan bertindak bersesuaian dengannya. Kelemahan-kelemahan individu jangan sekali-kali ditafsirkan sebagai kelemahan keseluruhan kaum wanita.


Dalam era globalisasi, sangat penting perbincangan mengenai wanita dan integrasi wanita dalam pembangunan diganjakkan daripada perbincangan-perbincangan stereotaip yang bertumpu kepada diskriminasi terhadap wanita, dan isu yang mempunyai elemen-elemen emosi dan perasaan.
Sambil mengenali pasti dan memperbetulkan kelemahan / kekurangan di kalangan wanita, perbincangan, penyelidikan dan program-program untuk wanita mesti berupa "forward-looking" dengan mengenalpasti antara lain:

  • peluang-peluang untuk disertai oleh wanita
  • peningkatan kapasiti / capacity building
  • kerjasama antara wanita dan kumpulan-kumpulan wanita.


Juga wajar ada satu Communication Network yang komprehensif dan berkesan melalui mana maklumat-maklumat penting dapat disalurkan kepada wanita pelbagai lapisan, dan rantaian komunikasi tersebut boleh menjadi penggerak minda dan motivasi wanita. Mungkin KANITA ingin mencetuskan Rantaian Komunikasi ini dengan kerjasama dengan Kementerian Hal Ehwal Wanita dan Pembangunan Keluarga.
Saluran ini bukan semata-mata berbentuk "Data Base" tetapi lebih penting sebagai sumber maklumat dan saluran komunikasi dinamis, dan jika boleh, on-line dan in real time, yang boleh sampai kepada semua kumpulan sasaran.
Wanita di Malaysia tidak boleh lagi dikongkongi oleh elemen-elemen negatif yang terdapat dalam alaf lama yang hanya merupakan "excess baggage" yang akan menyulitkan kermajuan wanita dan integrasi wanita ke dalam proses pembangunan negara secara total.
Wanita sendiri mesti sanggup ditanda aras atau di "bench-mark" dengan yang terbaik (to be benchmarked against the best) dan yang "terbaik" itu mestilah gender-neutral. Ukuran kejayaan wanita ialah apabila wanita telah mencapai tahap cemerlang dan setaraf dengan yang terbaik dalam apa juga bidang, bukan semata-mata ditanda aras sesama sendiri atau dengan masyarakat di Malaysia, tetapi dalam konteks globalisasi, ditanda aras dengan yang terbaik di peringkat serantau dan global.
Perjuangan wanita bukan dalam ertikata berlumba atau bersaing dengan lelaki, tetapi, lebih penting bagi negara, bagaimana kecemerlangan wanita boleh digandingkan dengan keupayaan lelaki, untuk kemajuan dan pembangunan masyarakat dan negara.

0 comments:

Post a Comment