RSS
Write some words about you and your blog here

PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Di Malaysia, terdapat beberapa peringkat perkembangan sistem pendidikan. Pada awal peringkat, sistem pendidikan berbentuk bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan kongnitif pelajar. Pengajaran adalah dalam dengan pengajaran al-quran, akhlak yang baik, tingkah laku, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri. Peringkat awal ini termasuk pendidkan dalam bidang pertanian, kraf tangan, perikanan dan perburuan. Selain itu, terdapat satu lagi jenis pendidikan dimana sistem pendidikan agama yang dikenali sebagai “Sekolah Pondok”. Sekolah pondok ditubuhkan oleh ulama-ulama Islam. Pelajar-pelajar sekolah pondok menuntut di madrasah agama dan tinggal di pondok yang di bina di sekelilingnya.
Dalam peringkat kedua, pendidikan di Tanah melayu telah dikelola, dikendalikan, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris semasa zaman penjajahan Inggeris (1824-1957) tanpa mempunyai satu falsafah yang konkrit atau Dasar pendidikan Kebangsaan. Matlamat utama sistem pendidikan penjajah ini adalah memberi pendidikan kepada rakyat bagi membolehkan supaya mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi. Oleh itu, pemerintah Inggeris mula memberi tumpuan besar kepada pelajaran Inggeris pada tahun 1816. Walau bagaimanapun perhatian kepada pelajar melayu hanya menunaikan kewajipan mereka kepada anak watan sesuai dengan perjanjian Inggeris dengan pembesar pembesar tempatan.
Pendidikan Melayu
Pendidikan Melayu yang awal menekankan pengajaran Quran dan pengetahuan asas tentang membaca, menulis dan mengira (3M). Oleh disebabkan pendidikan melayu hanya di peringkat yang rendah sahaja, maka anak-anak Melayu yang ingin melanjutkan pelajaran terpaksa memasuki sekolah menengah Inggeris di bandar. Oleh itu pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa melayu dihadkan kepada empat tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum yang terhad. Pada awal abad ke 20), bagi menampung permintaan yang bertambah terhadap Pendidikan menengah, Maktab Melayu Kuala Kangsar diasaskan mengikut model English Grammar School pada tahun 1905 yang khas untuk golongan bangsawan sahaja. Maktab Perguruan Sultan Idris telah ditubuhkan untuk memenuhi pertambahan permintaan terhadap guruguru sekolah melayu yang berkelayakan pada tahun 1922. Maktab Perguruan Perempuan Melayu di Melaka telah ditubuhkan pad a tahun 1935. Pemerintah Inggeris cuba menghalangkan kemajuan perbandaran dan perindustrian di kalangan Melayu.
Pendidikan Arab Dan Agama
Sekolah ini dikendalikan secara tidak formal dan kurikulumnya menekankan pengajaran Quran serta pendidikan moral dan kerohanian. Selepas perang Dunia Pertama, sekolah-sekolah Arab dan Agama telah muncul di merata-rata tempat di semenanjung Tanah Melayu terutama di negeri Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.
Pendidikan Cina Dasar terbuka dan tidak campurtangan Inggeris dalam hal ehwal social kaum pendatang menyebabkan wujudnya sekolah-sekolah cina dan tamil. Sekolah ini dikendalikan oleh masyarakat masing-masing tanpa bantuan daripada lnggeris hinggalah tahun 1920-an se1aras dengan tradisi mengutamakan pelajaran dan mengekalkan kebudayaan serta identiti bangsa masyarakat Cina mula bergiat menubuhkan sekolah Cina sejak awal abad ke 19. Keadaan ini serupa di Sabah dan Serawak. Dasar tidak campur tangan lnggeris dalam pendidikan vernakular menyebabkan perkembangan politik dan ekonomi negeri Cina mempengaruhi sistem pendidikan masyarakat Cina di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah Dan Sarawak.
Pendidikan Tamil
Sekolah-sekolah Tamil didirikan di lading-ladang getah. Tamil didirikan dan dikelolakan oleh masyarakat India sendiri. Pihak Kerajaan atau majikan ladang getah tidak memberi bantuan dari segi fizikal dan kewangan. Oleh itu sekolah - sekolah Tamil yang didirikan di ladang - ladang getah menghadapi beberapa kekurangan dari segi isi kandungan kurikulum, tenaga pengajar. Sekolah ini adalah tidak berfungsi dan sebahagian besar pelajarnya akan kekal di ladang getah menjadi buruh kasar. Pada tahun 1923, negeri-negeri Melayu Bersekutu telah meluluskan satu rang undang-undang di mana majikan ladang getah diwajibkan membina sekolah bagi anak-anak pekerja mereka. Mubaligh kristian juga banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan Tamil. Kurikulum di sekolah-sekolah Tamil ini disesuaikan mengikut negeri India, begitu juga kebanyakan guru serta buku -buku teks telah dibawa masuk dari India. Kurikulumnya menegaskan pengetahuan dalam kemahiran asas 3 M membaca, mengira,dan menulis karangan,ilmu alam dan kebersihan diri (personal hygiene)sebelum perang dunia kedua, program latihan guru kelas normal, selama 3 tahun telah dimulakan untuk guru-guru sekolah Tamil. Pendidikan di sekolah Tamil juga terhad di peringkat rendah sahaja. Dasar pemerintahan Inggeris terhadap perkembangan pembangunan sekolah Tamil terus menambahkan lagi jurang pendidikan di antara tiga kaum utama di negara kita iaitu Melayu, Cina,dan India.
Pendidikan Inggeris
Pendidikan Inggeris mula diperkenalkan di tanah Melayu apabila Penang Free School ditubuhkan pada tahun 1816. Pada pertengahan abad ke 19, mubaligh kristian membantu menubuhkan beberapa buah sekolah Inggeris. Kebanyakan sekolah ini ditubuhkan di kawasan - kawasan bandar dengan bantuan kerajaan Inggeris. Kurikulumnya bercorak Kurikulum School of Great Britain dengan tujuan mengeluarkan pegawai - pegawai tadbir rendah bagi memenuhi keperluan kuasa, metropolitan British. Pendidikan di sekolahsekolah Inggeris diadakan pada peringkat rendah dan menengah. Bagi memenuhi keperluan guru pelatih, program latihan guru kelas normal dimulakan di Kuala Lumpur pada tahun 1905 dan di Pulau Pinang pada tahun I907. Kursus-kursus pendidikan peringkat diploma kemudiannya ditawarkan di Raffles College, Singapura. Manakala pembelajaran tinggi bermula dengan penubuhan Medical School di Singapura pada tahun 1905, dan pada tahun 1912, namanya telah ditukar menjadi King Edward VII Medical College. Raffles College yang ditubuhkan pada tahun 1928, menawarkan kursuskursus dalam bidang Sastera dan Sains.

Pendidikan Zaman Jepun
Semasa perang Dunia Kedua (l941-1945), negeri-negeri yang menganggotai Malaysia telah diduduki oleh tentera Jepun. Perkembangan ini memberi perubahan kepada sistem pendidikan di Semenanjung Malaysia. Dasar pelajaran di bawah pemerintahan tentera Jepun, ialah sekolah-sekolah venakular Melayu dan Tamil diteruskan seperti sebelumnya tetapi menambahkan bahasa Jepun dalam kokurikulum serta berorientasikan negeri Jepun. Pemerintahan Jepun juga menubuhkan Sekolah Nippon-Go bagi mengantikan sekolah-sekolah Cina dan Inggeris. Pengajaran Nippon-Go, lagu rakyat Jepun dan cara hidup mereka ditekankan di dalam kurikulum sekolah rendah.
Perkembangan pembangunan pendidikan awal merdeka
Selepas perang dunia kedua perkembangan politik negeri China, India , dan negara jiran banyak berubah , Masyarakat pendatang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat kediaman mereka dan kebangkitan nasionalisme Melayu melihatkan tentang masalah kerumitan kaum tentang pendidikan. Orang Melayu mula mendesak ,supaya Kerajaan membaiki mutu pendidikan di sekolah - sekolah Melayu serta menambahkan peluang bagi melanjutkan pelajaran, Sebuah jawatan kuasa ditubuhkan iaitu sebuahjawatankuasa Barnes, Laporan Barnes ini diterbitkan pada awal tahun 1951,dan mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah kebangsaan dari bahasa berbilang kaum sama ada menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai pengantar utamanya. Sekolah cina dan Tamil akan ditukar secara beransur- ansur kepada sekolah Kebangsaan dengan memperkenalkan aliran Kebangsaan. Cadangan tersebut ditentang hebat oleh orang Cina. Laporan Fen Wu, memperakukan untuk mengekalkan serta pembaikan Sekolah Cina telah memburukkan lagi pertikaian yang hangat tentang pendidikan di Tanah Melayu, Laporan Jawatankuasa Fen Wu telah mengemukakan cadangan-cadangan yang pada asasnya menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa Cina dijadikan bahasa pengantar.

0 comments:

Post a Comment