RSS
Write some words about you and your blog here

TEKNOLOGI DALAM GAYA HIDUP DAN PENAMPILAN


Di zaman yang moden dan printis pada masa kini, masyarakat haruslah berkembang seiring dengan pemodenan di dunia dan menerima segala perubahan yang berlaku agar masyarakat tidak ketinggalan dalam segala hal termasuk dalam era perkembangan teknologi. Di zaman pemodenan ini juga, ramai masyarakat yang ingin berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik dalam pemahaman berkaitan dengan teknologi. Gaya hidup digital (digital lifestyle) merupakan istilah yang sering digunakan untuk menggambarkan gaya hidup moden yang sarat dengan teknologi informasi.
Teknologi informasi berperanan untuk mengklasifikasikan segala hal yang dilakukan oleh individu sama ada pada masa kini atau akan datang dengan satu tujuan iaitu untuk mencapai produktiviti yang maksimum dalam gaya hidup dan penampilan seseorang individu itu. Pengetahuan teknologi dalam gaya hidup dan penampilan adalah sangat meluas dalam kehidupan masyarakat kini yang hidup dikelilingi dengan segala kemudahan teknologi yang canggih serta digunakan dalam kehidupan harian mereka. Teknologi dapat dilihat secara umum sebagai proses kegiatan manusia seharian untuk mempermudahan kehidupan masyarakat. Jadi yang penting adalah bagaimana kita memahami tujuan dari teknologi tersebut dan bagaimana menggunakannya. Berbagai bentuk teknologi dapat digunakan oleh manusia untuk kebaikan dan bukan sebaliknya. Teknologi juga tidak boleh digunakan untuk mengatur kehidupan manusia tetapi manusialah yang harusnya mengatur teknologi.
Berkembangnya Teknologi Komunikasi dan Informasi (Information and Communication Technology / ICT) selama sedekad terakhir membawa kepada perubahan tren baru di dunia industri komunikasi iaitu hadirnya pelbagai jenis media yang menggabungkan teknologi komunikasi baru dan teknologi komunikasi massa tradisional. Fenomena yang sering disebut sebagai konvergensi media ini telah menyebabkan beberapa konsekuensi penting. Untuk mengimbangi gaya hidup masyarakat moden yang serba sibuk, unsur hiburan atau intertainment merupakan unsur yang perlu dikaitkan ke dalam teknologi komunikasi dan informasi sehingga peringkat teknologi informasi tidak sekedar tampil ‘ala kadarnya’ tetapi juga dapat lebih menarik dan dapat memenuhi keperluan masyarakat moden.
Selain itu, konvergensi media bukan saja memperkayakan informasi yang disajikan, melahan turut memberikan pilihan kepada khalayak untuk memilih informasi yang sesuai dengan selera mereka. Konvergensi media turut memberikan kesempatan baru yang radikal dalam penanganan, penyediaan, distribusi dan pemrosesan seluruh bentuk informasi baik yang bersifat visual, audio, data dan sebagainya. Malahan kemudahan teknologi ini juga boleh dikatakan seperti ‘dunia sepenuhnya di hujung sepuluh jari dan kendalian masyarakat’. Gaya hidup digital semakin tidak boleh dipisahkan dari kehidupan sehari-hari manusia. Masyarakat semakin bergantung dengan teknologi, bermula dari tujuan untuk komunikasi hingga penggunaan computer untuk alat bantuan kerja atau untuk tujuan hiburan.
Era Digital berkembang ditandai dengan munculnya tiga teknologi, iaitu Komputer, Komunikasi, dan Multimedia. Dengan perkembangan konvergensi ketiga teknologi telah membuat muatan informasi dalam komunikasi tidak lagi hanya berupa teks, angka, gambar saja, melainkan dapat berupa suara malahan berupa gambar bergerak (film, video) tidak ubahnya seperti menikmati siaran langsung melalui siaran radio atau siaran televisiyen.Dari sisi industri telekomunikasi, tren ini mulai terlihat dari pandangan pengguna jasa telekomunikasi yang berkembang dengan cepat dari pelbagai aspek.
Era konvergensi yang didahului dengan tren gaya hidup digital, merupakan suatu keniscayaan yang akan dilalui dalam perkembangan teknologi telekomunikasi yang mendukung kehidupan sehari-hari. Menghadapi era ini, berbagai layanan yang mendukung terciptanya gaya hidup digital menjadi sajian menarik yang siap untuk ditawarkan. Perkembangan gaya hidup digital ini menciptakan masyarakat digital atau Digital Customers yang membutuhkan konten dan aplikasi sesuai kebutuhan mereka secara cepat, kapanpun dan dimanapun. Hal ini menjadi tantangan bagi pelaku industri telekomunikasi untuk bisa memiliki berbagai kompetensi di luar kompetensi utama
Kini,
perkembangan teknologi telah mewujudkan penggunaan alat bahan cetak, telefon dan internet, dan ia telah megurangkan jurang komunikasi dan membolehkan manusia berinteraksi secara global. Walaubagaimanapun, penggunaan teknologi hari ini telah disalahgunakan. Penggunaan alat senjata telah berleluasa dan mengakibatkan kekecohan.Teknologi memberi kesan yang banyak kepada masyarakat dan persekitarannya. Walaupun teknologi pada mulanya membawa kebaikan terutamanya dari sudut ekonomi, tetapi ia juga menghasilkan kesan negatif, iaitu pencemaran, yang mendatangkan kesan kepada alam semulajadi.
Pemodenan bererti perubahan yang berlaku dari suatu masa kepada suatu masa yang lain untuk tujuan penambahbaikkan. Ia berupaya untuk melepaskan ataupun menundukkan kuasa yang datang dari masa lampau. Perubahan yang berlaku (pemodenan) telah melahirkan kerajaan yang mengamalkan sisitem kapitalis. Menurut kepada Connolly (1988:1) secara amnya, selepas revolusi Perancis, teknologi dilihat sebagai satu ciri teras budaya kemodenan. Di samping itu, budaya modenis dianggap sebagai intipati kemajuan. Dari sudut pandangan optimistik, ahli sarjana Connolly memberi definisi tentang zaman awal yang mana manusia hidup dalam zaman kegelapan, percaya kepada tahyul, kurang bebas, kurang rasional, kurang produktif, kurang bertamadun, kurang selesa, kurang demokratik.
Selain itu, perkembangan teknologi dan pemodenan dalam gaya hidup serta penampilan masyarakat telah membantu manusia dalam pelbagai aspek untuk mempercepatkan tugasan mereka ataupun untuk mendapatkan hasil yang lebih terperinci mengenai sesuatu hal. Antaranya perkembangan teknologi dalam teknologi komputer telah membantu manusia menemui satu era revolusi panjang dalam pelbagai aspek. Selain itu, penggunaan teknologi manusia juga dapat dilihat dalam memudahkan segala kerja dan menjimatkan masa dalam menguruskan sesuatu hal. Sebagai contoh, masyarakat pada masa kini tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke pusat membeli belah untuk membeli sesuatu barangan tetapi mereka boleh melakukan pembelian melalui laman web dan terus mambelinya secara online.
Gaya hidup dan penampilan manusia juga turut mengalami perubahan seiring dengan kemajuan teknologi dan hal ini telah membantu manusia. Pada era ini, dapat dilihat pelbagai teknologi yang ada untuk member gaya hidup yang selesa dalam kehidupan masyarakat seperti penggunaan telefon bimbit pada masa kini dilihat merupakan alat teknologi komunikasi yang amat penting pada masa kini untuk pelbagai tujuan dan bukan sahaja untuk menghubungi seseorang malahan turut digunakan untuk kehidupan seharian seperti penambaikan dalam penggunaan telefon bimbit sehingga mampu untuk dijadikan diari mini.
Dapat dilihat bahawa teknologi memainkan peranan penting dalam gaya hidup dan penampilan masyarakat pada masa kini dan beranggapan bahawa kemajuan teknologi amatlah berguna kepada manusia untuk melaksanakan sesuatu hal. Jadi dengan adanya kemudahan teknologi ini, masyarakat lebih berpikiran positif dan mampu untuk memajukan diri disamping menambahkan pengetahuan.
Dr. Mahathir digelar "Bapa Pemodenan Malaysia" dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003.Sepanjang 22 tahun beliau memegang jawatan pentadbiran tertinggi negara, banyak kemajuan dan pembangunan yang telah beliau rancang dan laksanakan. Dr. Mahathir telah mengubah sektor ekonomi asas negara daripada sebuah negara yang berasaskan pertanian kepada sebuah negara berasaskan perindustrian pada awal 80-an dan seterusnya berkembang menjadi sebuah negara K-Ekonomi. Projek MSC, bandar pintar dan kerajaan elektronik telah membuka ruang kepada era kehidupan yang berteraskan kepada penyebarluasan ilmu atau k-era. Walaupun masih baru, era ini menjanjikan perubahan mutlak kerana ia akan memberikan definasi baru tanggapan manusia terhadap dunia. Pada zaman ini, ilmu pengetahuan dapat menghasilkan tingkatan yang menjangkaui aset fizikal dan komoditi dari segi nilai, kepentingan dan kaitannya dengan kemajuan. Jelaslah penggunaan ICT di Malaysia telah memudahkan kewujudan dan perkongsian ilmu yang telah melenyapkan sempadan dan membuka ruang tanpa batasan.
Pelbagai projek gergasi telah diilhamkan oleh Dr. Mahathir antara yang terawal adalah seperti projek pengeluaran kereta proton melalui HICOM (Heavy Industries Corporation of Malaysia. Selain projek kereta nasional, satu lagi projek besar (mega project) yang beliau cetus ialah Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC). Projek ini ilhamkan dan direalisasikan memandangkan Dr. Mahathir telah sedar akan peri pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia perdagangan masa kini dan masa depan. Ekonomi berasaskan pengetahuan yang dirangsangkan oleh pembinaan MSC adalah peringkat ketiga peralihan ekonomi Malaysia – yang akan membawa negara ke taraf negara maju menjelang 2020. Antara lainnya, projek MSC merangkumi aplikasi-aplikasi seperti kerajaan elektrik, tele-perubatan, dan kad pintar serbaguna.
Pada 1990 Dr Mahathir melancarkan Wawasan 2020 – pelan sembilan cabaran yang menggariskan hasrat dan halatuju kerajaan dan rakyat Malaysia iaitu untuk mencapai taraf negara maju menjelang 2020. Taraf negara maju yang dibayangkan Dr Mahathir bukanlah yang meniru cara hidup di negara-negara maju yang ada ketika ini, tetapi yang berlandaskan moral dan nilai-nilai murni mengikut acuan Malaysia sendiri.

0 comments:

Post a Comment